Shipping & Delivery
- BeDaie berusaha untuk menghantar pesanan anda dalam tempoh masa yang telah dipersetujui semasa pembelian dibuat.
- Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin bahawa semua pesanan akan dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Matlamat kami adalah untuk memastikan barangan anda dihantar secepat mungkin.
- Jika kami tidak dapat memenuhi tarikh penghantaran yang dijangka, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, liabiliti, kos, kerosakan, caj, atau perbelanjaan yang berpunca daripada kelewatan penghantaran.
- Jika anda tidak dapat menerima penghantaran atau kutipan, pihak penghantar mungkin akan meninggalkan kad makluman untuk arahan penghantaran semula atau kutipan daripada pihak kurier.
- Untuk menjejak pesanan anda, sila gunakan nombor penjejakan (tracking ID) yang dihantar kepada anda melalui emel pengesahan apabila barangan anda telah dihantar. Sebagai langkah berjaga-jaga, sila simpan resit penerimaan barangan tersebut.
- Sekiranya terdapat kerosakan atau barangan tidak lengkap dalam pesanan anda, sila hubungi kami Klik Sini.
- Setelah pesanan anda diserahkan kepada pihak kurier, anda akan menerima emel pemberitahuan penghantaran yang mengandungi anggaran tarikh penghantaran. Tarikh ini dikira secara automatik berdasarkan jarak dari gudang kami ke alamat penghantaran anda.
- Tempoh penghantaran dijangka mengambil masa antara 3 hingga 5 hari bekerja selepas pesanan dihantar. Semua tempoh penghantaran adalah anggaran sahaja.
- Kos penghantaran bagi setiap pesanan di BeDaie adalah berdasarkan kadar caj semasa yang dikenakan oleh pihak perkhidmatan kurier.
- Selepas penghantaran dibuat, BeDaie akan menghantar emel yang mengandungi nombor penjejakan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas penghantaran. Status terkini boleh disemak di laman web rasmi perkhidmatan kurier menggunakan nombor penjejakan yang diberikan.