photo_2024-09-18-22.26.42




BeDaie - 1 Rumah 1 Daie


BeDaie merupakan sebuah platform pengajian Islamik seperti Sirah, Ibadah, Figh dan Al-Quran. lanya juga membantu para pengguna untuk menjawab pelbagai persoalan dan kemusykilan berkaitan masalah agama melalui pengajian dan penerbitan buku agama.

BeDaie telah dilancarkan pada 10 Ogos 2021 bersamaan 1 Muharram 1443H. Pelancaran ini dirasmikan oleh Yb Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi di negeri Kelantan.

BeDaie melibatkan penyertaan melebihi ratusan para ustaz dan ustazah serta ilmuwan agama dari pelbagai negara. BeDaie kini sudah meliputi 4 negara iaitu Malaysia, Yaman, Thailand dan Indonesia.

Hal Ini dapat memberikan impak yang sangat positif terhadap pembangunan dan memartabatkan ilmu agama Islam ke seluruh pelusuk dunia.